Salam kepada semua pembaca ;)
Saya nak kongsi tentang pengalaman saya sendiri mengalami pendarahan semasa mengandung ;((
Up to this point of pregnancy (31 minggu), saya pernah 3x sejarah pendarahan, 2x masuk ward.
Pertama sekali pendarahan itu berlaku semasa kandungan saya berusia 16 minggu. Ingat lagi masa tu saya ada brownish spotting pada hari selasa, plan nya nak scan di klinik esok hari tu untuk tengok jantung baby. Spotting tu sikit je, besar duit 10 sen, memang warna coklat dan tiada darah beku. Maksudnya darah lama. Malangnya keesokkan harinya, bilangan pesakit yang hadir ke klinik terlalu ramai menyebabkan saya lupa untuk scan perut. Yang lebih teruk lagi, saya tak sempat ke tandas langsung untuk buang air. Jadi saya tidak tahu apa yang berlaku 'di bawah sana'. Saya ingatkan sudah tiada bleeding/spotting lagi. Apabila sampai rumah lepas waktu kerja, maka berlari2 lah saya mencari tandas untuk buang air kecil. Tiba2 sejuk dan ketar2 tangan saya bila lihat ada brownish spotting atas pantiliner. Kali ni memang banyak, sebesar tapak tangan. Bukan macam semalam. Ketika itu saya jadi sangat panik dan tidak keruan. Teringat pengalaman keguguran tahun lepas, pun ada brownish spotting macam ni juga. Hari2 selama 2 minggu sebelum saya disahkan keguguran. Pengalaman pertama kali pendarahan apabila masuk minggu ke 16 ni memang menakutkan saya, setelah kegembiraan tiada apa2 masalah dari awal mengandung kan.
Jadi saya pun tunggu hubby balik. Pukul 6 petang hubby sampai rumah, saya terus bagitahu dia. Dia pun gabra jugak time tu (haihh sabo je la hehe). Terus kitorang siap2 pergi ke hospital. Bawak handbag dan buku pink je. Saya dah tukar pantiliner baru masa tu. Sampai2 di hospital, pergi ke kecemasan. Dalam hati tak sudah2 saya baca zikir dan selawat, doa pada Allah minta diselamatkan dan dipermudahkan urusan. Gelabah nya tuhan je yang tahu. Disebabkan saya 16 minggu, saya dikategorikan sebagai pesakit gynae, bukan obstetrik lagi. Kalau saya dah 24 minggu ke atas, saya perlu pergi terus ke labor room hospital. (Reasonnya, if apa2 berlaku pada baby, usia kandungan 24 minggu, saya boleh bersalin dan baby mungkin boleh survive untuk hidup menggunakan ventilator. Tapi if less than 24 weeks, jika ada pendarahan, kemungkinan baby hidup peluangnya sangat tipis dan ibu2 begini biasanya dirawat sebagai 'kemungkinan keguguran' dan dichanel ke ward gynae instead of labor room).
Lepas jumpa MO di bahagian kecemasan, saya dirujuk ke bahagian PAC atau patient admission centre berdekatan dengan labor room. Di sana, saya disuruh menukar baju dan kain pink. Tekanan darah, suhu segalanya diambil. Ada doktor pelatih memasang branula di tangan kiri saya dan banyak darah diambil untuk diuji. Kemudian saya dipanggil utuk berjumpa MO. Saya ceritakan yang saya dah 2 hari ada painless brownish PV spotting. MO tu scan perut saya. Bila saya nampak jantung baby berdegup2 dan dia juga bergerak2 berenang dalam perut, saya sudah senang hati dan tak putus2 bersyukur kepada Allah.Hampir menitis air mata sebenarnya tapi saya tahankan. Dari dalam kereta tadi saya dah fikir kan macam2 kemungkinan yang menakutkan. Ya, bagi seorang ibu dan ayah yang ber TTC macam kami. Masa scan MO tu cakap uri saya sedikit ke bawah tapi belum boleh disahkan selagi usia kandungan saya belum 28 minggu. MO tu juga buat speculum kat saya, katanya bahagia cervix saya kelihatan merah2. Itu dipanggil ectropion, biasa terjadi pada ibu mengandung, disebabkan perubahan hormon. Lega sikit hati ni, sebab saya takut ada uri bawah saja. Kalau pendarahan daripada uri, nanti baby ada risiko untuk kekurangan oksigen dan zat.
Kemudian saya diadmit ke ward selama 1 hari setengah. Kesian hubby berulang alik ke rumah ambil baju dan barang saya. Disebabkan cuti dia dah nak habis, dan saya pun macam okay2 je, saya cakap tak perlu la abang EL. Esok tu lepas pakar buat round, saya minta balik dan pantau di rumah sahaja. Lagipun esok tu sudah tiada spotting lagi. Clean je pad. Alhamdulillah. Saya diberi ubat untuk kuatkan hormon mengandung iaitu progesterone. Nama nya Duphaston 10mg TDS. Saya disuruh makan ubat tu sampai baby 20 minggu. MC diberi sampai Ahad. Appointment untuk jumpa doktor balik di klnik O&G adalah pada 18 minggu.
Saya balik kampung dan rest kat sana. Ingat lagi last saya bersama suami adalah pada minggu ke 12. Jadi mungkin tiada kaitan untuk menyebabkan pendarahan ni. Saya dan suami disuruh berpuasa daripada bersama buat waktu sekarang. Saya dan hubby tak kisah janji baby ni selamat.
Saya sambung next entry untuk pengalaman saya bleeding yang seterusnya...
Wednesday, 17 December 2014
Saturday, 13 December 2014
Jantung baby
Salam semua pembaca ;)
Ingat tak saya kongsi pengalaman UPT positif hari tu? Masa scan tu mungkin dalm 4-5 minggu. Nampak kantung je, bulat. Disebabkan saya kerja di klinik, saya bebas untuk gunakan mesin scan tu bila2 masa saja. Jadi saya scan baby saya ni hampir tiap2 hari. Dan selama tu lah hanya nampak kantung saja. Cuma bila saya ukur, kantung tu makin mebesar setiap hari (dalam mm). Dalam kosong saja, gelap. Sedihnya hati saya Tuhan saja yang tahu. Saya takut jadi blighted ovum lagi macam masa keguguran tahun lepas.
Saya google, kantung akan dikira blighted ovum kalau besarnya dah lebih 25mm tapi tiada isi didalamnya (tiada yolk sac atau fetal echo). Saiz kantung sepatutnya bertambah 1mm setiap hari. Masa minggu ke 6 saya scan, nampak kantung saya masih kosong, tapi dia bulat. Dulu masa keguguran, kantung saya bujur dan tak membesar. Masa 8 minggu scan doktor cakap size 5 minggu lebih. Tapi mungkin conception atau persenyawaan lambat. Katanya tak perlu risau, jumpa dia untuk ulang scan dalam masa 2 minggu. Yang penting saya hamil dan patut jaga kandungan elok2. (Takpa nanti saya cerita tentang keguguran saya tu di next entry ya).
Okay berbalik kepada cerita saya buat scan di klinik tempat saya kerja tu hari2, masa tu saya dah risau sangat. Kenapa kantung kosong tapi saya dah 6 minggu. Sepatutnya dah nampak yolk sac atau nampak fetal echo (baby). Balik rumah cerita kat hubby, dia pun risau. Tapi saya cuba tenangkan perasaan sendiri sebab kalau stress nanti hormon tak balance dan susah untuk baby survive if progesterone tak cukup. Lagi pun if ada rezeki baby ni untuk kami, insyaallah Dia permudahkan.. Hari2 hubby pergi sembahyang terawih kat surau taman kami duduk tu. Tak pernah miss even kadang2 saya ajak berbuka kat luar, dia mesti nak balik cepat2 lepas tu, taknak pergi mana2 dah. Katanya nak sembahyang terawih jemaah kat surau.
Kemudian masuk kandungan saya 6 minggu 4 hari tak silap, buat pertama kalinya saya nampak fetal echo ! Alhamdulillah..saya sangat2 bersyukur. Pun terus bagitahu kat hubby. hehe. Dramatik sangat saya rasa sebab saya sangat trauma dengan keguguran lepas. Kantung kosong je. Saya pun teruskan ruti harian saya minum susu kambing n makan supplement masa sahur. Siap mintak hubby belikan UPT strip lagi sebab saya just check seminggu sekali nak tengok pekat lagi tak test line saya. Alhamdulillah masih pekat. Masa tu takda lagi morning sickness tau. So saya memang tawakal betul2 kalau ada rezeki kami kali ni adalah. Belum bagi tahu kat sesiapa lagi tentang preggy kali ni sebab belum nampak jantung baby.
Dan sebab saya cuak sangat tengok mesin scan tu, saya ambil keputusan taknak scan dah. Saya just doa banyak2 kat Allah je..berilah peluang untuk saya mengandung, melahirkan dan menjaga amanahNya ini.. Masuk minggu ke 7, saya sangat anxious. Bila tiada pesakit, masa rehat saya curi2 masuk ke bilimscan dan kunci pintu. Saya letak gel sikit atas probe dan letak kat perut. Masa ni tahan kencing, sebab nak bagi rahim kita naik sikit supaya mudah untuk scan kandungan yang masih kecil.
Ehhh, ada degup2 lah dalam fetal echo tu !!! Alhamdulillah..sekali lagi saya rasa nak sujud syukur time2 tu jugak. Ya Allah saya rasa sangat bersyukur sampai rasa nak nangis. Saya tak sangka ada nyawa lain hidup dalam rahim ini. Terus call hubby untuk inform. Dia pun cakap syukur alhamdulillah..doa dia dimakbulkan tuhan..
Rupa2nya masa hari last puasa hubby bagitahu dia gembira sebab dapat tunaikan nazar dia untuk solat terawaih jemaah full tahun ni kat surau..
Tiada kata nak gambarkan betapa saya terkejut hubby nazar macam tu.. sebab tahun lepas ada je kitorang ponteng terawih kat masjid/surau sebab buka puasa kat luar ke, tengok movie ke, pergi shopping ke..gitu lah.
Terima kasih ya Allah, Kau kurniakan kegembiraan buat kami di bulan penuh barakah ni..

Pengalaman morning sickness
Salam semua pembaca;)
Nak kongsi pengalaman saya berdepan masalah morning sickness atau alah mengandung hehe.
Saya start rasa morning sickness masa kandungan 8-9 minggu. Ingat lagi masa tu puasa Ramadhan. Kalau saya makan, lagi lah rasa meloya. Jadi memang suka sangat nak puasa haha. Missed puasa 3 hari tak silap. Sebab cirit-birit dan gastrik. Lain alhamdulillah dapat tahan sampai berbuka.
Macam saya ni bukan morning sickness. Saya rasa mual tu masa petang dan malam. Jadi masa sahur memang makan dengan selera. Saya masa mula2 mengandung minum susu kambing. Tapi ada masalah kurang darah atau anemia. Jadi tak boleh makan pil zat besi tu dengan susu kan. Paling lama at least kena gap dalam 1 jam. Tapi saya dan hubby bangun dah pukul 5 pagi. Dah minum susu kambing, makan roti ke atau nasi lauk, atau makan susu sejuk dengan cereal, dalam 540 pagi tu dah kena makan pil tambah darah. Tak dapat nak gap 1 jam sangat lah haha. Tapi Hb saya masa tu ok lagi dalam 10 ke atas.
Biasa masa dah nak dekat habis kerja 430petang gitu, dah start rasa mual. Tahan je lah. Drive balik rumah setengah jam, memang tak masak lah kan. Hubby terus beli kat bazar Ramadhan je. Apa yang saya lalu untuk makan time tu adalah macam laksa, bihun tomyam, roti john, nasi kerabu, roti naan, air asam boi atau limau ais. Tu jelah menu sepanjang puasa. Hubby beli ayam golek, ayam goreng, ayam tandoori dan apa2lah yang ayam, memang tak lalu langsung. Siap pandang pun rasa nak muntah. Hehe.. Nasi pun sama, macam benci je haha..makan pun sikit sebab nak tenaga. Tapi saya takdelah melepek je, sebab saya tak muntah. Cuma mual saja. Alhamdulillah. Ingat lagi dulu masa keguguran, takda pun mual ke pening ke apa. Saya pun memang tak tahu kan kandungan pertama. Siap gembira lagi tak merasa morning sickness. Rupa2nya itu tanda kandungan saya tak kuat..kurang hormon kot, menyebabkan morning sickness pun tak wujud. Wallahualam. Setiap orang lain, ada tu kandungan sihat je walau takde morning sickness langsung ;)
Jadi rasa mual2 ni berlangsung sampai lah kandungan nak masuk 4 bulan, baru lah dia slow and kurang sikit. Masa tu dah pandai makan banyak2 hehe. Tapi sampai kandungan saya yang ketika entry ni ditulis (30 minggu) saya masih rasa mual selepas makan. Tapi tak kuat, sikit2 je. Orang kata normal. Lepas makan mesti nak carik macam gula2 ke apa2 lah untuk kunyah2 sikit. Ntah lah saya redha je, janji baby sihat ye sayang..

UPT positif - the day
Salam semua pembaca :)
Ini adalah posting pertama blog saya. Saya cipta blog ini sebab nak berkongsi suka duka pengalaman mengandung saya kali pertama (sebenarnya kali kedua sebab saya pernah miscarriage sebelum ni sobss). Sebab kita ni ibu pertama kali mengandung mesti banyak tak tahu kan. Selain tanya adik beradik atau mak atau kawan2, pakcik google ni la tempat saya menambah ilmu hehehe.
Okay jom layan macamana saya tahu saya mengandung. Hari pertama. jeng3...
Buat pengetahuan semua, saya kerja di klinik. Hari tu saya pergi kerja macam biasa. Jumpa pesakit2 di bahagian ibu mengandung dan kanak2. Kebetulan hari tu pesakit habis agak awal, jadi saya ada lebih kurang setengah jam sebelum waktu rehat tengahari. Masa tu period saya belum delay lagi tapi akan due dalam 4-5 hari lagi. Tapi bulan2 sebelum ni pun memang period saya lewat seminggu pun. Jadi takdelah kisah sangat. Sebab tiap2 bulan buat UPT negatif saja (sejak miscarriage 11 bulan lalu). Then dah malas nak pergi beli strip UPT tu sebab rasa macam membazir hahaha. Okay, berbalik kepada cerita tadi, saya pun gatal2 tangan pergi baring atas katil sebelah mesin scan tu. Letak gel sikit atas perut dan mula scan perut sendiri. Alah senang je, letak je probe scan tu atas perut, semua orang pun reti buat kan hihi. nak tengok lah kot2 nampak fibroid ke cyst ke ape2lah.
Tapi, tapi tapi..nak tahu apa saya nampak kat monitor scan tu?? Saya nampak ada bulat kecil, dalam dia kosong je gelap hitam. Setahu saya ini adalah kantung baby. Haaa???? Biar betul niii.. Gembira, panik, terharu, gelabah semua ada. Bengong tak? UPT tak buat lagi tahu2 pergi scan perut sendiri dulu. Pastu saya print gambar scan tu dan balik petang tu baru cerita kat hubby. Dia pun terkejut. ingat nak buat UPT hari yang sama tapi kedai dah tutup sebab dah malam so tunggu esok je lah. patutnya tiap2 petang kitorang pergi taman botani berdekatan untuk jogging. Tapi hari tu tak pergi sebab risau kalau betul2 mengandung kang jadi apa2 susah. Dah la saya species susah nak lekat hehe..
Esoknya petang2 sikit, pergi makmal dekat klinik tu minta UPT strip satu. Pergi toilet dengan perasaan berdebar2 gila. Dan... alhamdulillah keputusannya positif. Syukur sangat kepada Allah. Tak sangka Dia bagi juga kesempatan untuk saya merasa kesempatan mengandung. Double line tu sangat terang. Beza sangat masa saya keguguran dulu, UPT saya line yang lagi satu tu blur sikit tapi tunjuk kat kawan2 semua kata positif. Saya buat hari ke 2-3 delay period macam tu. Tapi yang kali ni dia punya pekat tu sama dengan control line tu. Memang pandang strip tu macam nak terkeluar bijik mata hehe.. Buat ibu2 yang TTC macam saya, tiba2 dapat tahu mengandung, diorang mungkin faham apa perasaan saya masa tu.
Malam tu solat dengan penuh rasa kesyukuran. Sejak tu saya dah tak pergi jogging dah. Hubby je pergi kadang2. Tapi saya masih berjaga2 sebab masa scan tu nampak kantung je, belum nampak jantung lagi..isi dalam kantung tu pun tak nampak lagi. Jadi saya dan hubby ambil keputusan untuk senyap2 je lah, malas nak inform siapa2 lagi termasuk parents kami. Takut jadi macam tahun lepas je..saya masih trauma. Jadi ikut pengiraan LMP saya, masa tu saya dalam 4-5minggu kandungan. Belum ada rasa morning sickness lagi. Tunggu lagi 2 minggu dan saya akan scan perut saya sendiri hehe..bukan apa saya segan dengan staff2 klinik sebab semua tahu saya memang teringin sangat nak baby..;)

Subscribe to:
Posts (Atom)